Insurans / Takaful

Pengenalan

Tujuan utama saya membuat laman web mengenai insurans dan takaful ini adalah sebagai satu perkongsian mengenai konsep insurans mengikut kefahaman saya. Saya berharap ilmu yang saya ingin sampaikan kepada anda melalui laman web ini menjadi ilmu yang berkat untuk hidup di akhirat kelak.

Isi laman web ini diambil daripada laman-laman web yang lain dan pengetahuan dari pergaulan saya seharian. Saya dapati beberapa link kepada laman insurans dan takaful yang lain telah putus. Ada antara laman-laman web tersebut juga telah memberhentikan perkhidmatan mereka.

Oleh kerana pengetahuan saya masih juga kurang (saya bukanlah agen insurans atau takaful) saya menyediakan satu laman perbincangan untuk anda memberikan pendapat. 

Kenapa manusia memerlukan insurans ?

Insurans adalah perkongsian risiko. Sebagai contoh, sekiranya anda membeli insurans nyawa, anda berkongsi risiko dengan pembeli lain yang juga membeli insurans nyawa. Bila ia berlaku pada salah seorang pembeli, waris simati akan diberi pampasan. (Sekiranya anda ada komen sila bantu saya untuk penerangan lanjut).

Perbandingan dengan menyimpan di bank, unit trust, amanah saham, dsb.

Insurans memberikan anda perlindungan dan simpanan manakala bank atau institusi lain yang biasa hanya menawarkan simpanan sahaja. 

Contohnya pembeli baru sahaja membayar sebanyak RM 100.00 dan perlindungan yang diperolehi dari syarikat insurans ialah RM 100,000.00. Sekiranya dia meninggal, syarikat akan membayar sebanyak perlindungannya itu, iaitu RM 100,000.00 dan bukannya RM 100.00.

Apakah beza antara insurans dengan takaful ?

Takaful adalah bahasa Arab yang membawa makna insurans. Bagaimanapun, di negara kita, bila disebut sahaja takaful ia selalunya merujuk kepada insurans yang dibenarkan oleh syariat Islam. 

Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1972 telah mengharamkan insurans kerana adanya unsur-unsur judi, gharar dan riba. Sebaliknya, konsep takaful adalah berbeza dengan insurans. Saya akan cuba menghuraikannya dengan dibantu oleh artikel-artikel yang telah saya kumpul dari beberapa tempat.

 

Muka depan

Perbezaan antara insurans dengan takaful

Contoh pertanyaan

Khutbah Jumaat

Kesimpulan

Perbincangan